(Foto hiasan)
KUALA LUMPUR, 1 Julai- Penguatkuasaan gaji minimum sebanyak RM1,500.00 dalam semua sektor termasuk majikan yang mempunyai kurang daripada lima orang pekerja bermula hari ini dilihat mampu memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berpendapat pelaksanaan itu boleh meningkatkan motivasi dan prestasi pekerja, sekali gus meningkatkan produktiviti syarikat khususnya dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
"Ia sebenarnya dapat membantu negara dalam mengurangkan kebergantungan kita kepada pekerja asing dan pada masa sama ia juga dapat membantu negara juga bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam negara kita", katanya kepada RTM.
(Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani)
"Jadi dalam peningkatan kenaikan atau pelaksanaan gaji minima ini bagi pihak MTUC, ia adalah adil kepada semua pihak adil kepada pekerja dan adil kepada majikan
Walaupun terdapat andaian kenaikan gaji minimum mendorong kepada peningkatan harga barang, Effendy menyatakan bahawa lebihan wang sebenarnya memberi lebih kuasa membeli kepada pengguna dan mampu menjana ekonomi.
"Maka dengan itu, bagi MTUC peningkatan harga barang bukanlah datang ataupun disebabkan oleh kenaikan gaji atau pelaksanaan gaji minima ini", katanya.