KUALA LUMPUR, 12 Januari- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke program Forum Perdana Hal Ehwal Islam Diraja di Istana Negara, malam tadi.
Forum yang bertajuk "Institusi Diraja, Penyatuan Ummah" itu menampilkan Ustaz Zakaria Othman daripada JAKIM sebagai moderator bersama tiga panel jemputan.
Panel diwakili Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alaudin, Timbalan Dekan Jaringan Industri Dan Masyarakat Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim dan Pensyarah Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail.
Forum tersebut menyuburkan kefahaman segenap lapisan masyarakat berhubung kepentingan institusi diraja sebagai simbol penyatuan ummah.
Penekanan berkenaan perlu diperkasa dalam kalangan komuniti yang mempunyai pelbagai latar belakang, selain mengangkat prinsip rukun negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.
Program yang disiarkan di saluran TV 1itu turut dihadiri, Menteri Komunikasi Fadzil, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan juga Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.