fb fb fb fb fb

Pengubahan wang haram, pengarah syarikat berdepan 17 pertuduhan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 12 Januari- Seorang pengarah syarikat didakwa melakukan 17 pengubahan wang haram berjumlah RM164.5 juta.

Suruhanjaya Sekuriti dalam kenyataan berkata tertuduh, Chin Wai Lan (Sophia Chin) menerima hasil aktiviti itu menerusi akaun bank peribadinya dan beberapa akaun syarikat.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku antara 23 Disember 2020 dan 2 Oktober 2022 di Kuala Lumpur dan Selangor.

Dalam pada itu, tertuduh telah didakwa di dua Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis atas 17 pertuduhan terbabit.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu.

Sebutan semula kes 26 Februari depan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM