fb fb fb fb fb

Flat terkotor di Pulau Pinang rekod lima kes demam denggi

(Flat terkotor di Pulau Pinang bakal diisytiharkan kawasan paling berbahaya
wabak demam denggi)

SEBERANG PERAI, 5 Disember- Sebuah flat di Taman Teluk Indah, Perai di sini yang disifatkan terlalu kotor dan jijik masih tidak berubah wajah.

Flat yang terkenal dengan jolokan flat terkotor di Pulau Pinang itu turut diisytiharkan sebagai lokaliti wabak tidak terkawal berikutan terdapat lima kes demam denggi direkodkan sejak 6 November lalu.

Ketua Inspektorat Cawangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata, pihaknya mendapati kira-kira 60% bangunan 20 tingkat itu dipenuhi dengan kawasan pembiakan jentik-jentik.

Mohd Wazir berkata, flat terbabit akan diisytiharkan sebagai kawasan paling berbahaya wabak dalam tempoh dua hari lagi, jika wabak itu tidak dapat dikawal.

"Kita difahamkan blok tersebut mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kita serahkan kepada pihak pengurusan dan pihak bertanggungjawab untuk memastikan tahap kebersihan dan keselamatan blok-blok tersebut terkawal dengan segera," katanya kepada pemberita selepas menjalankan operasi mencegah denggi, Op Vektor di flat itu.

Jelas beliau, bahagian bawah flat juga dipenuhi sampah sarap walaupun pihaknya sudah beberapa kali membuat pemantauan di flat berkenaan.

"Situasi ini pernah ditularkan dalam media sosial tetapi bagaimana anda lihat dalam video tular itu, keadaannya masih sama saja seperti dalam pemeriksaan hari ini.

"Pihak kita pernah mengajak penghuni dalam satu program gotong-royong tetapi malangnya tidak mendapat sambutan dan ia terpaksa dibatalkan memandangkan lebih 80 peratus yang hadir hanya terdiri daripada anggota kesihatan," katanya

Dalam operasi itu, pihaknya menyembur racun ‘mix blower’ bagi mematikan jentik-jentik yang menjadi punca demam denggi.

(Mohd Wazir menunjukkan sampel jentik-jentik yang dijumpai di kawasan takungan air
di sekitar sebuah flat yang kotor di Perai)

Media Baharu