fb fb fb fb fb

FFC dijangka tiba di zon merah esok, kapal Malaysia teruskan misi

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shahrul Anwar ketika bercakap kepada media dalam sidang media di Pusat Kawalan MyCare Seri Kembangan

SERI KEMBANGAN, 7 Oktober -Sembilan kapal yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dijangka memasuki zon merah berhampiran perairan Gaza pada pukul 5.00 pagi esok (waktu Malaysia).

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shahrul Anwar berkata, bahawa kesemua kapal kini berada kira-kira 200 batu nautika dari perairan Gaza dan sedang bergerak pada kelajuan sekitar empat knot.

Menurutnya, kapal utama, Conscience, yang membawa lapan wakil dari Malaysia, telah memulakan semula pelayaran pada 9.30 pagi tadi (waktu Malaysia) selepas berhenti lebih 30 jam bagi memberi laluan kepada latihan penyelarasan serta menunggu ketibaan kapal sokongan lain.

Tambah beliau, kapal utama Conscience yang membawa lapan wakil Malaysia mula bergerak semula pada jam 9.30 pagi waktu Malaysia selepas berhenti lebih 30 jam bagi memberi ruang kepada latihan penyelarasan serta menunggu kapal sokongan lain.

"Jika mengikut kelajuan semasa, dalam tempoh 24 jam mereka akan menempuh 100 batu nautika. Maka dalam tempoh 48 jam akan datang termasuk awal pagi Rabu, ia adalah detik paling kritikal apabila kapal-kapal ini bakal memasuki zon merah yang berisiko tinggi dengan ancaman serangan rejim Zionis," katanya dalam sidang media di Pusat Kawalan MyCare Seri Kembangan.

Ketua Delegasi Malaysia, Proffesor Alauddin Mohd Ali, pula memaklumkan semua kapal bersetuju untuk berkumpul di jarak 150 batu nautika sebelum bergerak serentak memasuki zon merah, sebagai langkah keselamatan dan strategi menghadapi sebarang kemungkinan penahanan oleh tentera laut Israel.

Sementara itu, Dr. Fauziah Mohd Hasan sekali lagi menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu terus memberi tekanan terhadap rejim Zionis dan sekutunya agar menghentikan segala tindakan yang menambah penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

TETITIA YUSOFF