fb fb fb fb fb

RTM-Astro berganding hasil konsert Deepavali

Teo Nie Ching

PETALING JAYA, 7 Oktober - Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro menjalin kerjasama dalam menghasilkan sebuah konsert istimewa sempena sambutan Deepavali yang akan datang.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata konsert kolaborasi itu akan diperluas sesuai dengan peranan kedua-dua stesen penyiaran negara dengan mengunakan kepakaran dan sumber yang dimiliki.

"Saya percaya masih banyak peluang kerjasama yang berjaya boleh diteroka. Insya-Allah, pada masa akan datang kita boleh duduk berbincang lagi. Tiada masalah kami rakan industri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas yang diadakan sempena kerjasama RTM-Astro dalam menerbitkan konsert Deepavali, di sini.

Konsert istimewa itu dijadualkan untuk siaran pada Sabtu, 21 Oktober depan, pada pukul 7.00 malam serta boleh disaksikan menerusi saluran TV2 (RTM) manakala Astro menerusi 202.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI