fb fb fb fb fb

Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya 2024 sasar lebih 1 juta pengunjung

Dr Zaliha Mustafa (kiri) pada Majlis Pra Pelancaran RFP 2024 di Putrajaya

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Seramai lebih 1 juta pengunjung disasarkan mengunjungi Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya, RFP tahun ini.

Acara ikonik bertaraf dunia itu akan berlangsung pada 22 Ogos hingga 1 September di Monumen Alaf Baharu, Presint 2.

Memasuki kali ke-13 penganjurannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya meletakkan sasaran pengunjung lebih tinggi kali ini selepas melihat kepada sambutan leuar biasa tahun lalu.

Bertemakan 'Raikan Bersama!' penganjuran kali ini mengangkat Petunia sebagai bunga tema acara kerana kepelbagaian warna dan keindahan rupa bentuknya.

"Festival ini akan mempamerkan lebih 700,000 bunga-bungaan dan tumbuh tumbuhan pelbagai warna. Pada penganjuran kali ini saya menyasarkan lebih daripada 1 juta pengunjung akan hadir,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pra Pelancaran RFP 2024 di Putrajaya.

Turut menjadi tumpuan, adalah Astaka Flora yang disertai 10 negara ASEAN termasuklah New Zealand.

Turut diadakan, lebih 100 aktiviti sampingan seperti bengkel, pengisian pentas dan lebih 50 gerai jualan Garden Bazaar, Hort Mart serta kraftangan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE