fb fb fb fb fb

Fenomena air pasang besar, banjir kilat landa Taman Seri Putra Kuala Kedah awal pagi tadi

(Taman Seri Putra Kuala Kedah, Kedah terjejas banjir kilat berikutan fenomena air pasang besar)

ALOR SETAR, 26 Oktober - Sejumlah 30 buah rumah dan 15 buah kedai di Taman Seri Putra Kuala Kedah, Kedah terjejas banjir kilat berikutan fenomena air pasang besar awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (Pertahanan Awam) Norlizawati Ismail berkata paras kenaikan air pasang yang dicatatkan 2.98 meter iaitu melebihi paras normal.

Bagaimana pun keadaan kembali pulih pada pagi tadi dan keadaan cuaca adalah baik.


(Foto di lokasi kejadian yang terjejas banjir kilat)

Menurut beliau, pemantauan dilakukan bermula pukul 12.57 tengah malam hingga 2.28 pagi.

Antara kawasan lain yang terjejas dan berlaku kenaikan paras air ialah di Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah, Pasar Kota Marina, dan Jalan Tok Pasai.

Pemantauan melibatkan empat anggota APM Kota Setar dan Jabatan Sukarelawan Rakyat Malaysia RELA.

Media Baharu