fb fb fb fb fb

Fasiliti sekolah dibaik pulih segera, elak ganggu PdP

SEREMBAN, 12 Mei- Kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti terutama kipas di bilik darjah akan dilaksanakan dengan segera sekiranya berlaku kerosakan.

Ia bagi memastikan keselesaan pelajar dan guru menjalankan proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP).

Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Dr Roslan Hussin bagaimanapun setakat ini semua fasiliti berkenaan dalam keadaan baik.

"Kita juga memastikan mana-mana fasiliti seperti kipas angin seumpamanya, akan kita ambil tindakan segera jika rosak atau sudah usang supaya pengaliran udara itu akan berlaku dengan baik dan tidak mengganggu proses pembelajaran," kata Dr Roslan kepada pemberita di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini.

Beliau mengulas perkara tersebut susulan arahan daripada Kementerian Pendidikan yang menggesa JPN negeri untuk memperbetul mana-mana kipas yang rosak berikutan musim cuaca panas.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 akan diadakan di MITC Melaka pada 14 hingga 16 Mei ini.


(Foto Hiasan)

Media Baharu