SEREMBAN, 12 Mei-Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Melaka pada 14 hingga 16 Mei ini.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Dr Roslan Hussin berkata sambutan yang bakal berlangsung selama tiga hari itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Fokus utama sambutan Hari Guru tahun ini adalah sebagai pengiktirafan kepada para guru yang membantu murid-murid bagi meningkatkan potensi mereka.
Penglibatan tidak hanya dari pihak kerajaan tetapi juga melibatkan rakan-rakan strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)", katanya ketika ditemui pemberita RTM di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini.
(Foto hiasan/FOTO RTM)