KUALA LUMPUR, 26 Januari - 500,000 unit pelitup muka disumbangkan kepada 10 organisasi sempena Sambutan ke-10,000 Hari Farmasi Caring.
Antara penerima, Angkatan Pertahanan Awam dan Yayasan Food Bank Malaysia.
Puteri Sultan Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah memuji usaha yang dilaksanakan jenama tempatan itu dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"Sepanjang dua tahun berdepan cabaran hebat pandemik COVID-19, ia adalah waktu yang sangat sukar untuk semua melibatkan isu-isu kesihatan dan Perintah Kawalan Pergerakan. Meskipun berdepan situasi yang sukar, namun ia tidak menghalang untuk kita membina kehidupan seterusnya. Slogan Kita Jaga Kita sememangnya mewakili kita, rakyat Malaysia", katanya lagi.
Sumbangan turut diagih kepada sukarelawan, penduduk terjejas banjir dan individu kurang bernasib baik.