fb fb fb fb fb

Fahmi ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai

FOTO FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 30 Mei- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Fahmi merakamkan ucapan berkenaan menerusi perkongsian di Facebook beliau hari ini.

Menerusinya, beliau berharap sambutan kedua-dua perayaan itu mampu memperkukuhkan lagi semangat kebersamaan dan persaudaraan di negara ini.

Fahmi yang juga selaku jurucakap Kerajaan Perpaduan turut berharap ia dapat memelihara perpaduan dan keharmonian yang sedia terjalin.

"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai!" katanya.

Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai disambut pada 30 dan 31 Mei oleh masyarakat Kadazandusun sebagai meraikan tuaian yang baik dan turut disambut kaum-kaum lain di Sabah.

Hari Gawai pula disambut masyarakat keturunan Dayak daripada suku kaum Iban, Bidayuh dan Kenyah sebagai tanda berakhirnya musim menuai yang disambut pada 1 dan 2 Jun setiap tahun.

SITI AISHAH MD ISA