fb fb fb fb fb

Fadillah melawat Palabuhan Antarabangsa Antwerp Bruges

(Pelabuhan Antarabangsa Antwerp Bruges)

ANTWERP, 1 Jun- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadhillah Yusof yang dalam rangka kerja ke Belgium berkesempatan melawat Pelabuhan Antarabangsa Antwerp Bruges.

Pelabuhan itu merupakan pelabuhan kontena kedua terbesar di Eropah selepas Rotterdam di Belanda.

Pada Julai 2022; kerajaan Sarawak telah memeterai perjanjian persefahaman bersama penguatkuasa Pelabuhan Antwerp bagi membangunkan pelabuhan laut dalam di Tanjung Embang.

Tanjung Embang akan dibangunkan oleh ASSAR Group, syarikat pemegang pelaburan kerajaan Sarawak.

Antara ciri istimewa pelabuhan tersebut adalah infrastruktur dan inovasinya yang mampan.

Pembangunan Lumut Maritime Industrial City (LuMIC) di Perak juga telah memeterai perjanjian persefahaman pada Oktober tahun lalu bagi mengadaptasi model pengurusan Pelabuhan Antwerp.


(Datuk Seri Fadhillah Yusof ketika melawat Pelabuhan Antarabangsa Antwerp Bruges)

Media Baharu