fb fb fb fb fb

Bayi lelaki cukup sifat ditemukan di hentian bas

(Foto Hiasan)

KAMUNTING, 1 Jun- Seorang bayi lelaki cukup sifat ditemukan dalam sebuah kotak di hentian bas Taman Kota Wira di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid berkata bayi itu ditemukan seorang wanita pada pukul 10.00 pagi ketika memberhentikan kenderaan di hentian bas tersebut.

"Ketika ditemukan, bayi tersebut dibaluti dengan tuala dan telah dihurung semut.

"Bayi itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

"Hasil pemeriksaan mendapati bayi seberat 2.62 kilogram itu mengalami masalah pernafasan dan jangkitan serta memerlukan 'intubation'.

"Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek yang membuang bayi tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan.


(Foto Hiasan)

Media Baharu