fb fb fb fb fb

Enam negeri termiskin perlu mencari inisiatif, kecilkan jurang kemiskinan

Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 3 Mac- Enam negeri termiskin iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis perlu mencari inisiatif dalam memastikan jurang kemiskinan antara negeri itu dikecilkan berbanding terus mengharapkan peruntukan daripada kerajaan pusat. 

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, negeri berkenaan menerima peruntukan jauh lebih tinggi daripada kerajaan pusat berbanding negeri-negeri lain sejak 2021.

"Itu dikekalkan... cuma saya berharap, bahawa untuk menutup jurang ini bukan diserah kepada Kerajaan Persekutuan semata-mata, ini tanggungjawab bersama yang juga perlu juga dipikul oleh kerajaan negeri masing-masing.

"Supaya dengan adanya hubungan begini, kita boleh menarik pelaburan dan perniagaan. Kalau semata-mata dilihat hanya untuk menutup jurang ini adalah dengan permohonan untuk mendapatkan peruntukan besar daripada Kerajaan Persekutuan. Itu sudah berlaku dari 2021 dan diteruskan sehingga sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Merbok Mohd Nazri Abu Hassan berhubung peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dalam memacu pembangunan negeri.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI