fb fb fb fb fb

Enam KRT di Negeri Sembilan terima insentif antara RM5,000 hingga RM10,000

Pengarah JPNIN Negeri Sembilan, Marlina Termudi (tengah) / Foto RTM

REMBAU, 31 Oktober - Enam Kawasan Rukun Tetangga (K-R-T) di Negeri Sembilan dipilih untuk menerima insentif kewangan bawah program KRT Madani Rakyat Disantuni.

Sebuah KRT menerima dana sebanyak RM10,000, manakala lima lagi KRT masing-masing menerima RM5,000.

Menurut Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sembilan, Marlina Termudi, ia merupakan sebahagian usaha untuk menyokong program K-R-T dalam memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat disamping menggalakkan penglibatan golongan remaja dalam program yang dianjurkan.

"Di Negeri Sembilan untuk KRT Madani Rakyat Disantuni kt ada 6 KRT dipilih. Kawasan dipilih oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri. Dan KRT dipilih berdasarkan KRT yang aktif dan boleh membantu pelaksanaan program dengan penglibatan belia yang saya sebutkan tadi," kata beliau selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti Madani Rakyat Disantuni kepada K-R-T Sungai Layang di Rembau.

Dalam pada itu, Pengerusi KRT Sungai Layang, Mohd Rizal Mohd Aloy menyambut baik perkhidmatan yang diberikan, sekaligus mempamer komitmen kerajaan untuk menyantuni masyarakat menerusi agensi bawahnya.

"Berbanyak terima kasih kepada pejabat Perdana Menteri yang telah memberi sumbangan sebanyak RM5,000. Kami berbesar hati dan kami akan buat apa yang disarankan untuk buat program kepada belia dan masyarakat. Contoh yang pertama kita buat penglibatan Ai. Di NADI Kota ni kita akan buat kursus AI, " katanya.

EMMI NORALIZA ADNAN