fb fb fb fb fb

Enam ketua perwakilan asing, terima watikah pelantikan daripada Agong

Foto FB Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Januari- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan kepada enam ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara, hari ini.

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Duta Besar Venezuela, Tuan Yang Terutama (TYT) Radames Jesus Gomez Azuaje, Duta Besar Jepun TYT Shikata Noriyuki, Duta Besar Switzerland, Puan Yang Terutama (PYT) Chantal Gaby Moser.

Selain itu, Duta Besar Nepal, TYT Dr. Netra Prasad Timsina, Pesuruhjaya Tinggi Republik Fiji, TYT Etueni Qiolele Caucau dan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, TYT Michael Wehi Mailetonga Walsh.

Seri Paduka Baginda juga turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada TYT Datuk Ganeson Sivagurunathan yang merupakan Duta Besar Malaysia ke Thailand.

Hadir sama pada istiadat hari ini, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani dan Ketua Protokol Wisma Putra, Datuk Yubazlan Yusof di Istana Negara.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM