TANGKAK, 25 Oktober - Empat maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan tiga motosikal di Kilometer 32.5 Jalan Muar-Segamat, Tangkak, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib mengesahkan, tiga mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang pembonceng wanita, yang berusia 18 hingga 20 tahun, maut di tempat kejadian.
Manakala seorang lagi penunggang motosikal, meninggal dunia di Hospital Tangkak semasa menerima rawatan.
Pemandu kereta bersama seorang penumpang, selamat.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.