KUCHING, 31 Mac- Dua kanak-kanak antara empat individu yang cedera dalam kejadian rumah roboh di Kampung Goebilt, di sini pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Tahir Tuah berkata, mangsa berumur antara 11 hingga 20 tahun.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 11.00 pagi dengan 10 orang dilaporkan berada dalam rumah berkenaan.
"Rumah struktur tidak kekal itu tiba-tiba roboh selepas palang kayu yang menahan lantai ruang tamu patah," kata Tahir Tuah.
Bagaimanapun insiden berkenaan menyebabkan empat daripada 10 individu yang berkunjung ke rumah terbabit terjatuh ke bawah rumah mengakibatkan seorang daripada mereka tidak sedarkan diri.
Mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk mendaparkan rawatan lanjut.
Dalam pada itu pihak bomba mengarahkan penghuni supaya mengosongkan rumah tersebut kerana ia tidak selamat untuk didiami.