fb fb fb fb fb

Elak muat naik berkaitan 3R sepanjang tempoh berkempen- Fahmi

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

SELAYANG, 29 Julai- Pengendali platform media sosial memperketat garis panduan komuniti penggunaan sepanjang tempoh kempen.

Langkah dilaksana bagi mengelak pelanggaran undang-undang terutama salah laku membabitkan sentimen 3R (Royal, Race and Religion).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pemantauan turut diperhebat PDRM serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)

"Pihak berkuasa sangat sedia mengambil tindakan. Pengusaha atau platform-platform media sosial ini juga telah mengetengahkan 'communtiy guideline' atau garis panduan komuniti mereka untuk elak daripada kandungan yang tidak patut dimuat naik atau disebar luaskan," katanya.

Tambah Fahmi pihaknya menjangkakan platform media sosial menjadi lebih rancak terutama menjelang hari pengundian 12 Ogos nanti.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan mengalu-alukan platform media penyiaran untuk menganjurkan program debat antara calon-calon yang bertanding dalam PRU DUN kali ini.

Kata Fahmi program seumpama itu amat digalakkan kepada mana-mana platform media rasmi serta arus perdana untuk dipertonton kepada rakyat selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

"Kita mengalu-alukan semua media untuk turut terlibat menyediakan platform masing-masing bagi mengangkat wacana sehingga ke tahap debat juga supaya ia bukan hanya melempar tohmahan dan ejek-mengejek. Bagi saya sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, kita mesti mempraktikkan politik matang termasuk amalan debat ini,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pusat penamaan calon Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak.


(Fahmi hadir ke pusat pusat penamaan calon Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak)

Media Baharu