fb fb fb fb fb

Elak denda, laksana bayaran cukai tanah sebelum 31 Mei

Mohd Faizal Abdul Manap

SEREMBAN, 29 Mei- Orang ramai diingat agar melaksanakan bayaran cukai tanah sebelum 31 Mei ini bagi menggelakkan dikenakan denda lewat.

Menurut Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan, Mohd Faizal Abdul Manap, denda lewat akan dikenakan sebanyak 5 peratus daripada jumlah cukai tanah semasa sekiranya pelanggan tidak menjelaskan cukai berkenaan sebelum tarikh tersebut.

"Kita menyasarkan hasil kutipan tanah melebihi dalam lingkungan RM200 juta untuk kerajaan Negeri Sembilan, di mana hasil cukai ini kita gunakan untuk disalurkan kepada rakyat, juga melalui bantuan-bantuan yang diadakan program kerajaan negeri.

"Saya memohon kepada semua pemilik tanah dan pemilik premis di Negeri Sembilan supaya membayar cukai tanah dengan segera.

"Kita ada beberapa hari lagi kerana tarikh akhir pada 31 Mei 2024 dan jika lewat bayar.. 1 Jun akan dikenakan denda 5 peratus daripada kadar cukai," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, orang ramai boleh menjelaskan bayaran cukai tanah menerusi pelbagai platform antaranya menerusi portal e-PTGNS, kaunter bergerak dan van kutipan cukai.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM