fb fb fb fb fb

Ekosistem industri digital, kerjasama kerajaan negeri bantu PMKS

Menteri Digital, Gobind Singh Deo / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 10 September - Ekosistem industri teknologi dan digital di Malaysia akan terus diperkasa dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata kearah itu pihaknya komited untuk mempermudah pertukaran kepakaran dan maklumat antara kerajaan negeri, khususnya dalam usaha mempromosi perniagaan tempatan.

"Kami melihat bagaimana kita boleh memanfaatkan infrastruktur dan kebolehan setiap negeri untuk bersama-sama membangunkan industri teknologi ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Pelancaran Kohort ke-7 Program Pemecut Selangor (SAP24) dan Kohort ke-2 Pemecut E-Dagang Selangor (ECX24), di sini.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Gobind turut menyatakan keterbukaan kementeriannya untuk bekerjasama dengan semua kerajaan negeri dan sektor swasta bagi memastikan kejayaan industri teknologi negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN