fb fb fb fb fb

PM Anwar ucap tahniah kepada Paetongtarn

Anwar melahirkan ucapan tahniah kepada Paetongtarn menerusi panggilan telefon

KUALA LUMPUR, 10 September - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Thailand ke-31 Paetongtarn Shinawatra.

Ia dibuat menerusi panggilan telefon susulan upacara mengangkat sumpah jawatan itu pada 6 September lalu.

Anwar menerusi hantaran di akaun Facebook beliau, turut melahirkan keyakinan hubungan erat Malaysia-Thailand akan terus berkembang dan utuh bawah kepimpinan Paetongtarn.

“Malaysia dan Thailand berkongsi banyak kepentingan bersama mencakupi pelbagai bidang kerjasama.

“Saya juga menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri Paetongtarn bagi melaksanakan usaha-usaha memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand demi kemajuan dan kemakmuran kedua-dua negara serta rantau ini secara keseluruhannya,” menurut hantaran itu.

Paetongtarn, 37 tahun yang muncul sebagai Perdana Menteri termuda Thailand mengangkat sumpah taat setia di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn di Dewan Kediaman Amphorn Sathan pada Jumaat lepas.

Trainee2