fb fb fb fb fb

Ekopelancongan Perlis, beri kesan positif ekonomi setempat

KUALA PERLIS, 23 Mei- Destinasi ekopelancongan yang terdapat di Perlis bukan hanya memberi manfaat kepada para pengunjung, malah memberi kesan positif kepada komuniti setempat.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah masyarakat setempat boleh menjana pendapatan melalui kegiatan ekonomi termasuk sebagai pemandu pelancong, perniagaan makanan dan minuman, mewujudkan inap desa dan sebagainya.

"Golongan belia disaran merebut peluang menceburi bidang perniagaan berasaskan pelancongan khususnya ekopelancongan. Ia bagi terus memperkasakan ekopelancongan ini," titah baginda ketika melancarkan Projek Wang Kelian: Lembah Yang Kian Hilang di sini.

Projek berkenaan melibatkan penerbitan buku, pameran dan dokumentari yang berupaya meningkatkan kesedaran kepada masyarakat bagi menghargai kepelbagaian biologi dan alam semula jadi yang terdapat di Wang Kelian.


(Destinasi ekopelancongan yang terdapat di Perlis bukan hanya memberi
manfaat kepada para pengunjung, malah memberi kesan positif
kepada komuniti setempat)

Media Baharu