fb fb fb fb fb

Ekonomi Madani rangkum nilai manusiawi, penuhi tuntutan keadilan

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Kerajaan memperkenalkan Ekonomi Madani bagi menggantikan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) kerana merangkumi nilai manusiawi yang memenuhi pelbagai tuntutan keadilan dan bukan sekadar bertunjangkan kemampanan ekonomi dan pembangunan fizikal semata-mata

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbeza dengan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang diperkenal sebelum ini, tidak menekankan soal tatakelola dan permasalahan semasa negara.

Menurut Anwar, Ekonomi Madani turut mengambil kira situasi semasa negara yang tidak boleh dipadankan dengan kerangka barat.

"Sebab itu kita lakukan anjakan ini berteraskan nilai. Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030) tiada nilai tatakelola dan tidak di angkat permasalahan tempatan. Seperti apa yang berlaku di Malaysia. Ia hanya kerangka global",katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Suhaizan Kayat (PH-Pulai) mengenai perbezaan Ekonomi MADANI dan WKB 2030 menurut saranan Bank Dunia.


(FOTO HIASAN/FOTO RTM)

Media Baharu