fb fb fb fb fb

Ekonomi Madani: Beri akses pendidikan adil kepada semua golongan - Fadhlina

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Prinsip pemerkasaan sektor pendidikan di bawah kerangka Ekonomi Madani mampu memberi keutamaan kepada akses pendidikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata akses tersebut meliputi kemudahan pendidikan kepada semua kanak-kanak dalam pelbagai situasi, logistik dan keperluan termasuk masalah dokumentasi.

Menurutnya, antara yang telah dilaksanakan ialah Sekolah Dalam Hospital (SDH) dan Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) dan K11 bagi menangani masalah keciciran sekolah.

(Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek)

"Saya ingin memberikan jaminan bahawa di mana sahaja anak kita berada, mereka akan tetap mendapat pendidikan. Mereka sakit pun mereka akan tetap mendapat pendidikan di Hospital.

"Anak-anak di dalam pusat koreksional, tetap akan mendapat pendidikan. Selain itu, anak-anak yang tidak ada dokumen, tiada warganegara juga dikenali sebagai anak rentan tetap akan mendapat pendidikan iaitu di bawah program Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih," katanya.

Bercakap kepada pemberita di Angkasapuri selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia, Fadhlina turut menekankan tentang keperluan pendidikan komprehensif untuk anak-anak masyarakat Orang Asli, etnik Penan dan golongan miskin.

Media Baharu