fb fb fb fb fb

Dunia perlu fokus nilai penyatuan sebagai umat manusia

(Anwar Ibrahim)

HAINAN, 30 Mac- Dunia perlu fokus kepada nilai yang menyatupadukan setiap insan sebagai umat manusia dan bukan nilai yang memecahkan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, etika, keikhlasan dan integriti ketika berurusan dalam situasi bilateral dan multilateral perlu diutamakan. 

Jelasnya, konsep akauntabiliti demokratik perlu diterapkan lebih dari sekadar melaungkan slogan “demokrasi” yang acap kali digunakan untuk melabel sesuatu negara sewenang-wenangnya.

"Pada hemat saya, “akauntabiliti demokratik” menuntut pemimpin untuk bertanggungjawab ke atas rakyat keseluruhan dalam menyediakan gaya hidup yang terbaik, ketelusan dalam membuat keputusan, dan secara keseluruhannya amalan tadbir urus baik dan berkesan," katanya ketika ucaptama sesi pleno, Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023 di sini, hari ini.

Tambah Anwar lagi, rakyat marhaen yang terbeban kos sara hidup dan cabaran semasa juga tidak harus dipinggirkan

Gaji kekal menjadi punca utama pendapatan bagi majoriti populasi dunia, namun berdasarkan Laporan Gaji Global 2022-2023 terbitan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), gaji dan kuasa beli isi rumah telah menurun mendadak berikutan COVID-19 dan inflasi global. 

Justeru ujarnya, dunia perlu bekerjasama dalam solidariti ke arah merapatkan jurang, mempromosi kesaksamaan sosial dan meningkat taraf hidup semua.

(Anwar Ibrahim ketika ucaptama sesi pembukaan Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023
di Hainan hari ini)

Media Baharu