fb fb fb fb fb

DUN N.Sembilan bubar secara rasmi, mandat lima tahun lengkap

(FOTO FAIL)

SEREMBAN, 1 Julai - Negeri Sembilan menjadi negeri terakhir secara rasminya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Ini melengkapkan kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang dijadual berlangsung tidak lama lagi.

Pengarah SPR negeri, Mohd Heikal Kamarudin menerima watikah pembubaran itu pada Rabu yang diserahkan oleh Setiausaha DUN Negeri Sembilan Mohd Amin Ludin bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.

(FOTO FAIL)

Bermula hari ini, negeri itu ditadbir oleh kerajaan negeri sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN.

Negeri Sembilan juga menjadi satu-satunya negeri memanfaatkan sepenuhnya tempoh mandat lima tahun bagi penggal ke-14 sebelum DUN dibubarkan secara rasmi, hari ini.

Kelantan terlebih dahulu membubarkan DUN pada 22 Jun diikuti Selangor 23 Jun, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu 28 Jun.

Persidangan DUN Negeri Sembilan yang pertama diadakan pada 1 Julai 2018 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018.

Media Baharu