fb fb fb fb fb

PRU DUN: KPM sedia beri kerjasama penuh

(Foto hiasan)

KUALA NERUS, 1 Julai- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang Pilihan raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Profesionalisme KPM, Shafruddin Ali Hussain berkata, semua petugas termasuk guru bersiap sedia untuk ditugaskan.


(TKP Pendidikan Sektor Pembangunan Profesionalisme KPM
Shafruddin Ali Hussain)

"Bila-bila masa saja boleh kerana Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan dan Kementerian Pendidikan telah ada senarai sekolah yang terlibat. Jadi cikgu rasa tidak ada masalah untuk kita memberi kerjasama menjayakan pilihan raya pada kali ini insya-Allah", katanya kepada media selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling SMKADG Marang.

Pada majlis itu juga beliau turut merasmikan Galeri sekolah SMKADG yang dihadiri lebih 200 alumni sesi 1993/1997 sekolah berkenaan.

Beliau mahu Alumni sekolah kembali menyokong pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan.

Alumni yang rata-rata menjawat pelbagai jawatan penting sama ada sektor kerajaan dan swasta boleh memberi sumbangan menghidupkan Galeri sekolah.

Ini kerana Galeri sekolah merupakan satu wadah penting bagi mengingatkan warga sekolah tentang sejarah penubuhan, kejayaan sekolah, kejayaan murid dan tranformasi yang berlaku .

Disamping itu, alumni di semua sekolah dihidupkan berdasarkan kepakaran setiap ahli melalui program motivasi bersama pelajar dan sebagainya melalui tagline kembali ke sekolah dengan berbakti.

Media Baharu