fb fb fb fb fb

Lelaki hilang ketika menjala ditemui mati lemas

BIDOR, 1 Julai - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa menjala ikan di lombong Jalan Pintasan Teluk Intan, di sini semalam ditemukan mati lemas hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat mangsa ditemui berdekatan tebing dengan jarak 30 meter dari kawasan jaring miliknya pada pukul 9.21 pagi.

(Mayat mangsa ditemui berdekatan tebing dengan jarak 30 meter dari
kawasan jaring miliknya)

"Dua buah bot digunakan dalam operasi ini bermula dari tebing ke lokasi jaring pada jarak 30 meter menggunakan kaedah pusaran dan bentuk lapan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa yang dibawa naik ke tebing telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 Berita Berkaitan:

Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala ikan

Media Baharu