fb fb fb fb fb

Dua stesen hidrologi sungai di Sarawak melepasi tahap bahaya

KUCHING, 9 Oktober - Dua stesen hidrologi di sungai negeri ini mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya setakat pukul 11.15 pagi ini.

Berdasarkan Laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kedua-dua sungai itu merekodkan peningkatan paras air di Sungai Rajang.

Bacaan paras air di stesen Punan Bah B di Kapit dicatatkan pada 11.78 meter (m), iaitu 0.78m melepasi paras bahaya.

Manakala, stesen di Sungai Salim B di Sibu pula mencatatkan paras air 3.3m iaitu 0.2m meskipun menunjukkan trend menurun namun tetap melebihi tahap bahaya.

Sementara itu, bacaan di tiga lagi stesen melebihi tahap amaran, iaitu Stesen Long Teru di Miri, Stesen Durin Bazaar di Sibu dan Stesen Kenawit Town di Sibu.

(Sungai Rajang)

Stesen Long Teru di Miri mencatat paras air 7.45m, iaitu 0.45m melebihi tahap amaran; Stesen Durin Bazaar di Sibu pula 4.45m dengan 0.45m; Stesen Kanowit Town mencatat 5.25m dengan 0.16m yang menunjukkan trend menaik.

Enam lagi stesen di Sarawak melebihi tahap waspada iaitu Stesen Batu Niah Bazaar di Miri, Kapit New Headworks di Kapit, Stesen Kapit Town di Kapit,dan tiga stesen masing-masing di Sibu iaitu Jabatan Laut di Sibu, Renan Kemiding dan Sungai Bidut.

Setakat 11.25 pagi tadi, bacaan paras air di Stesen Batu Niah Bazaar di Miri 3.55m sebanyak 0.93m yang menunjukkan trend menaik; Kapit New Headworks di Kapit 14.67m dengan 2.57m; Kapit Town pula 14.18m dengan 2.28m; Jabatan Laut di Sibu 2.68m sebanyak 0.3m, Renan Kemiding paras air 6.96m dan terakhir di Sungai Bidut iaitu 2.83m sebanyak 0.03m.

Media Baharu