fb fb fb fb fb

Dua remaja maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

KUANTAN, 3 Mei - Dua remaja maut selepas terlibat dalam kemalangan yang melibatkan motosikal dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, di Kilometer 23 Jalan Pekan/Batu Balik di Pekan.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zain berkata kejadian itu, menyebabkan kedua-dua mangsa berusia 18 tahun menaiki motosikal yang dipercayai dalam perjalanan untuk beraya, maut di lokasi kejadian.

Penunggang motosikal ialah Muhammad Nur Zulkefli Zakaria dan pembonceng dikenali sebagai Muhammad Ibrahim Mhd Kchairudin. Mereka berasal dari Kampung Temai Tengah dan Temai Hilir, Pekan.


(Dua remaja maut terlibat dalam kemalangan yang melibatkan motosikal
dengan sebuah pacuan empat roda / FOTO Hiasan)

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dari Pekan ke Batu Balik terbabas semasa mengambil selekoh, lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung Mitsubishi Triton dinaiki dua beranak,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu