fb fb fb fb fb

Dua rakyat Malaysia cedera, insiden letupan di Tha Phraya Sai

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Dua individu rakyat Malaysia dilaporkan tercedera akibat insiden letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai, Wilayah Narathiwat, Thailand pada Isnin.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9.35 malam waktu tempatan.

"Kedua-dua mangsa telah mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra dan dibenarkan keluar dari hospital hari ini.

"Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati, serta
mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa
tempatan," katanya.

Bagaimanapun rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menerusi talian +(6674) 311062 dan +(6674) 316 274 (waktu pejabat).

Bagi luar waktu pejabat, boleh menghubungi talian +(6693) 6570707 atau menghantar e-mail menerusi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI