fb fb fb fb fb

Dua PPS di Perlis ditutup sepenuhnya

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis ditutup

KUALA PERLIS, 20 Oktober – Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis dan Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai ditutup secara rasmi pada pukul 2 petang tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Ku Chik Ku Mat Esa, berdasarkan data terkini, kesemua 469 orang daripada 158 keluarga yang dipindahkan ke PPS tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Keputusan diambil selepas pemantauan menyeluruh oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) di kawasan yang terjejas akibat fenomena air pasang besar di sekitar Kuala Perlis.

GRACE AISYAH KEDAYAN