KOTA TINGGI, 26 Oktober - Satu kemalangan maut membabitkan dua kenderaan berlaku di Jalan Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor, tengah hari tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Pegawai Bomba kanan Faizal Ahmad memaklumkan, mangsa yang maut merupakan pemandu daripada kedua-dua kenderaan.
"Mangsa yang maut masing-masing lelaki berusia 70 tahun dan 28 tahun. Tiga kanak-kanak dan dua lelaki dewasa turut cedera dalam kejadian tersebut.
"11 anggota digerakkan ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit, sementara mangsa yang cedera dibawa ke hospital oleh pasukan kesihatan," katanya menerusi kenyataan.