fb fb fb fb fb

Dua lori bawa lebih muatan kayu getah disaman

Foto JPJ Negeri Kedah

JITRA, 9 Mei- Dua buah lori yang membawa muatan tunggul kayu getah disaman kerana membawa lebih muatan.

Kedua-dua buah lori itu ditahan ketika rondaan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah di sekitar Jitra.

Timbalan Pengarah JPJ Kedah, Shahrul Azhar Mad Dali berkata, kedua-dua lori itu didapati menyusun muatan berkenaan secara merbahaya, sekali gus mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya lain.

Katanya, pemandu dan pemilik kenderaan telah dikeluarkan saman atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.

"Penguatkuasaan berterusan dilaksanakan Bahagian Penguatkuasa JPJ Kedah bagi memastikan kepatuhan pengguna jalan raya terhadap peraturan dan undang-undang jalan raya.

"JPJ Kedah tidak akan berkompromi dengan salah laku dan pelanggaran undang-undang jalan raya demi kesejahteraan dan keselamatan pengguna lain.

"Sebarang aduan salah laku lalu lintas boleh disalurkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui saluran e-aduan aplikasi MyJPJ," katanya menerusi kenyataan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM