fb fb fb fb fb

Dua lelaki ditemukan mati lemas di Sungai Kayan

(FOTO JBPM)

SITIAWAN, 16 Oktober- Dua lelaki masing-masing berumur 34 tahun ditemukan mati lemas di Sungai Kayan, Sitiawan, siang tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah dalam kenyataan memaklumkan, kedua-dua mangsa telah keluar rumah kira-kira pukul 1.30 petang semalam untuk membawa balik sampan milik ayah kepada salah sorang mangsa dari Kampung Sungai Tiram ke Pengkalan Kota Setia. 

Beliau berkata, mangsa tidak dapat dihubungi isteri selepas sejam keluar rumah. 

Isteri mangsa bertindak memaklumkan kepada orang ramai sebelum sampan dinaiki dua mangsa dijumpa di sekitar Sungai Kayan tanpa kelibat mangsa di lokasi berkenaan pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Ekoran daripada itu, polis telah menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa. 

Kedua-dua mangsa ditemui masing-masing pukul 8.20 pagi dan 12.30 tengahari berdekatan Sungai Kayan dan dihantar ke Hospital Manjung untuk proses bedah siasat. 

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


(FOTO JBPM)

Media Baharu