fb fb fb fb fb

Dua lagi mayat mangsa ditemukan: Angka korban meningkat kepada 23 orang

(Foto JBPM Selangor)

BATANG KALI, 17 Disember- Dua lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali ditemukan, demikian disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis.

Mangsa merupakan seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai pasangan ibu dan anak.

Dengan perkembangan itu angka korban tragedi meningkat kepada 23 orang manakala 10 lagi masih hilang.

"KIta telah buka satu kawasan panas untuk fokus cari 10 lagi mangsa berdasarkan kedudukan khemah yang berbentuk satu barisan.

"Pergerakan tanah terbaharu kepada dua. Kebanyakan sektor aliran tanah sebelah kiri, sekarang tengah cari sebelah kanan," kata Norazam kepada media di sini.

Mangsa ditemukan pada kedalaman tiga kaki, dengan jarak 800 meter dari mayat yang ditemukan malam tadi.

Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an dan kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun ditemukan di Sektor A Hillview berhampiran kolam air.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi proses pengecaman dan bedah siasat.

Sementara itu sebuah lagi jentera berat tiba untuk digunakan di lokasi Operasi Mencari dan Menyelamat menjadikan kesleuruhan empat jentera berada di lokasi.

(Dua lagi mangsa ditemukan: Angka korban meningkat kepada 23 orang/JBPM Selangor)

 

Media Baharu