fb fb fb fb fb

Dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Lipis




LIPIS, 13 Februari- Dua buah rumah di Taman Pertama Sungai Kerpan,Lipis musnah 100% dalam kebakaran yang berlaku tengahari semalam.

Manakala sebuah rumah lagi terbakar 60% dan tiga buah rumah lagi terbakar di bahagian syiling.

Pegawai Operasi Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Norhisham Che Mohd Nor berkata, seramai 17 pegawai dan anggota balai bomba dan penyelamat Kuala Lipis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan daripada orang awam pada 12.01 tengahari.

Dalam operasi itu, api berjaya dikawal pada 1.09 minit petang.

Katanya, tiada korban jiwa dan sebarang kecederaan dilaporkan.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Media Baharu