fb fb fb fb fb

DSA, NATSEC Asia platform terbaik jalin kerjasama pertahanan dengan negara luar

KUALA LUMPUR, 28 Mac- Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 merupakan platform terbaik untuk menjalin kerjasama pertahanan dan keselamatan bersama negara luar.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ia juga penting sebagai platform untuk membantu negara menangani ancaman keselamatan secara lebih serius.

"Ia mengambil kira keadaan rantau ASEAN ketika ini yang berdepan pelbagai ancaman serius yang belum pernah terjadi dalam sejarah.

"DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022 bukan hanya menarik penyertaan pegawai tentera berpangkat tinggi, tetapi turut membabitkan perjanjian dan urusan perniagaan serta organisasi dari dalam rantau ini dan seluruh dunia - semuanya di bawah satu bumbung.

"Memandangkan negara-negara di seluruh dunia terus menumpukan usaha untuk pulih daripada kesan buruk akibat COVID-19, kita dalam perniagaan keselamatan mesti sentiasa berwaspada dalam menghadapi ancaman terhadap negara dan rantau kita.

"Ancaman tradisional dan bukan tradisional, dalam pelbagai corak dan bentuk, perlu ditangani dengan berkesan sebelum ia menjadi semakin parah sehingga menimbulkan bahaya serta membawa bencana kepada negara di seluruh dunia,"

Kita biasa berdepan musuh dan biasa berdepan ancaman dan cabaran. Sekiranya kita tidak bekerjasama, musuh kita akan mengatasi kita.

(Hishamuddin (kiri) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin (dua dari kiri)
pada gimik pelancaran DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022
di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada malam Ahad.


"Jadi saya ingin menegaskan tentang kepentingan kita bersama-sama pada hari ini. Saya percaya usaha ini juga bakal mencipta sejarah, membantu kepada perkembangan pertahanan dan agenda keselamatan negara secara positif secara menyeluruh bukan sahaja di peringkat negara ASEAN malah seluruh dunia," katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini.

DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022 bermula hari ini hingga 30 Mac akan diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Pameran terbuka kepada delegasi peringkat tinggi, kakitangan kerajaan, profesional dan eksekutif dalam industri pertahanan dan keselamatan, selain polis dan agensi penguatkuasaan, dengan acara tahun ini akan dihadiri lebih 1,000 peserta pempamer dari 60 negara.



Media Baharu