KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Peranan petugas sektor kesihatan terutama doktor amat signifikan dalam menjamin sistem kesihatan negara berada pada tahap baik terutama ketika pandemik COVID-19.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peranan golongan itu sewajarnya diberi penghargaan berikutan sumbangan yang diberikan.
"Semasa pandemik COVID-19, kita memberi tekanan yang hebat kepada doktor. Cabaran kesihatan mental dan tekanan menjadi sangat hebat dalam kalangan pekerja sektor kesihatan di seluruh dunia termasuk Malaysia.
"Sebagai Menteri Kesihatan, saya berdiri di hadapan anda bukan sekadar sebagai pemimpin, tetapi tanggungjawab saya untuk memastikan doktor kita disokong, dilindungi dan dihargai.
"Kepada semua doktor, dedikasi dan daya tahan anda memberi inspirasi kepada kami semua dan anda adalah asas sistem penjagaan kesihatan. Kami komited untuk memastikan anda menerima sokongan, pengiktirafan dan penjagaan selayaknya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap secara maya menerusi video pada Malaysian Medical Association Doctor's Day 2024 Celebrations di ibu negara.