fb fb fb fb fb

DOF dapat dua pengiktirafan MBOR

SERDANG, 14 Ogos- Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) berjaya melakar sejarah apabila menerima dua pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) menerusi rekod Musim Kehadiran Benih Semulajadi Kerang Terpanjang selama 18 bulan dan Pendaratan Benih Kerang Semulajadi Terbesar.

Rekod itu berjaya dicatatkan dalam satu musim bermula 4 November 2019 hingga 31 Mei 2021 di pantai teluk lekir, Perak.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah, penganugerahan itu adalah hasil kajian oseanografi pantai oleh Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) yang membuat kajian berkaitan iklim dan habitat ternakan kerang.

"Dan dengan penemuan ini kita bukan sahaja dapat menambahkan lagi benih kerang ataupun sumber kekayaan baharu di sepanjang pantai barat kita dan kita harap dapat memberikan sedikit pendapatan tambahan kepada nelayan-nelayan pantai dan dalam masa yang sama usaha kita untuk membekalkan sekuriti makanan negara.

Tambahnya, sebanyak 1,300 tak metrik benih kerang berjaya diraih dalam tempoh musim tersebut yang merupakan pencapaian tertinggi berjaya direkodkn.

Kesemua benih kerang tersebut akan diagih dan dibekalkan ke kawasan perairan yang lain untuk menambah jumlah benih kerang secara semulajadi

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan penyerahan sijil tersebut yang disampaikan kepada Ketua Pengarah Perikanan, Mohd Sufian Sulaiman di Laman Agro-Food Perikanan MAHA 2022.


(Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah
menyaksikan pengiktirafan MBOR kepada DOF)

Media Baharu