fb fb fb fb fb

Dividen LTAT 5.25%: Agihan tertinggi dalam 7 tahun

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) bergambar selepas Majlis Pengumuman Pengagihan Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 2024 hari ini / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Mac– Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, dengan jumlah pembayaran mencecah RM514.20 juta.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pengagihan ini memberi manfaat kepada 125,014 pencarum, terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding RM485.08 juta pada 2023, menjadikannya agihan dividen tertinggi LTAT dalam tempoh tujuh tahun.

"Prestasi LTAT menunjukkan perancangan yang dirangka berjalan dengan baik. Walaupun baru digerakkan, hasilnya sangat memberangsangkan, terutama dari segi pendapatan dan dividen," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pengumuman Dividen LTAT 2024 di Kuala Lumpur.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE