fb fb fb fb fb

Dewan Rakyat lulus dua rang undang-undang berkaitan zon bebas, cukai pelancongan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Zon Bebas (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Zon Bebas 1990.

Pindaan mengandungi dua Fasal itu bertujuan menyediakan fasiliti kepada industri jika ada keperluan mengubahsuai terma dan syarat berdasarkan keperluan pembayar cukai dan tidak akan memberi implikasi kewangan.

RUU Zon Bebas (Pindaan) 2022 yang dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa diluluskan selepas sembilan Ahli Parlimen berbahas. 

Turut diluluskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017 (Pindaan) 2022; antara lain bertujuan memberi Menteri Kewangan kuasa menetapkan butir-butir dalam invois atau resit di bawah akta ini.


(RUU Zon Bebas (Pindaan) 2022 dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa
diluluskan selepas sembilan Ahli Parlimen berbahas)

"Akta 791 telah menetapkan bahawa bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh bercukai..bagaimanapun jika terdapat krisis kesihatan seperti pandemik dan pihak industri tidak dapat membuat pembayaran dalam tempoh yang dikenakan, mereka akan dikenakan penalti, dengan adanya peruntukan baharu ini, sekiranya berlaku kecemasan atau krisis kesihatan awam pada masa akan datang, menteri boleh melanjutkan tempoh tersebut melalui pengumuman rasmi atau arahan kepada ketua pengarah sekali gus memberi ruang kepada pihak industri membuat semakan semula," kata beliau.

Sesi perbahasan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2022 menyaksikan pelbagai pandangan disuarakan ahli parlimen bagi memperhalusi penetapan Zon Perdagangan Bebas (ZPB).

Ini termasuk keseimbangan pembahagian zon bebas mengikut negeri, impaknya kepada penduduk setempat dan insentif kepada pelabur yang melabur di lokasi ZPB.

Media Baharu