fb fb fb fb fb

Defisit fiskal negara menurun hasil tadbir urus ekonomi cekap

Foto BERNAMA

SUNGAI PETANI, 12 Oktober - Langkah kerajaan dalam menurunkan defisit fiskal negara dianggap sebagai pencapaian amat memberangsangkan dan bukti kecekapan pengurusan ekonomi negara, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari.

Beliau berkata usaha berterusan kerajaan dalam menguruskan kewangan negara dengan lebih berhemah telah membuahkan hasil positif kepada rakyat.

Ini menunjukkan kemampuan kerajaan mengurus ekonomi dengan cemerlang, malah kita boleh meletakkan sasaran baharu iaitu 3.5 peratus defisit fiskal negara.

"Defisit fiskal diturunkan daripada 5.5 peratus kemudian kepada 5 peratus, diturunkan lagi kepada 4.1 peratus, dan 3.8 peratus hujung tahun 2025 ini kemungkinan diturunkan sehingga kita oleh meletakkan sasaran baru iaitu 3.5 peratus deposit fiskal negara," katanya.

Katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Festival Kebudayaan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Kolej Vokasional Sungai Petani 2 di sini.

Tambah beliau, kerajaan mampu menjimatkan lebih RM15 bilion setahun.

Penjimatan itu kemudiannya disalurkan semula kepada rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah, yang kini ditambah baik untuk manfaat lebih ramai.

Katanya lagi, hasil daripada tata kelola kerajaan yang baik, semua negeri di Malaysia termasuk negeri-negeri yang ditadbir pembangkang  turut menikmati limpahan manfaat pembangunan secara adil dan saksama.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas kelulusan pembinaan 38 buah sekolah baharu di seluruh negara, termasuk sebuah di kawasannya.

"Tiada negeri, sama ada negeri di bawah kerajaan mahupun pembangkang, yang diketepikan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana salah satu permohonan kami telah diluluskan, iaitu pembinaan sekolah baharu di kawasan Sungai Petani, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pinang yang telah lama kami usahakan memandangkan kawasan sekitarnya mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi.

"Dengan pertambahan bajet dalam bidang pendidikan ini, ia akan memberi manfaat besar kepada generasi muda serta melegakan masyarakat, khususnya di kawasan Parlimen Sungai Petani.

Beliau yakin Belanjawan 2026 yang dibentangkan baru-baru ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat dan kesungguhan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mampan serta inklusif.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM