fb fb fb fb fb

DBP, Yayasan Karyawan terima peruntukan tambahan RM5 juta

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 17 April- Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM5 juta kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Karyawan bagi meningkatkan usaha dalam penerbitan karya.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, peruntukan tersebut meliputi kegiatan tahunan Yayasan Karyawan dalam penerbitan bermutu serta DBP untuk mempopularkan karya sasterawan negara.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Kita telah meluluskan RM20 juta pada Dewan Bahasa dan Yayasan Karyawan. Jadi RM3 juta untuk pengurusan Yayasan Karyawan dan RM2 juta tambahan ini adalah untuk karya-karya Sasterawan Negara kerana kalau tidak nantiĀ ia akan bukan keutamaan. Jadi orang macam A.Samad Said, Osman Awang, Hj Salleh ini sudah tiada peluang untuk dipopularkan karya mereka", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di ibu negara.

Tambah beliau, peruntukan tersebut adalah inisiatif untuk membantu mengangkat karya-karya sasterawan negara selain memperluaskan lagi penghasilan karya yang bermanfaat kepada negara.

Terdahulu menerusi Belanjawan 2023, kerajaan telah menyalurkan RM20 juta untuk tujuan aktiviti penerbitan bermutu tinggi oleh penulis tempatan.

Media Baharu