fb fb fb fb fb

DBKL selenggara 68 pusat penjaja memperindah lokasi

(Foto FB Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 15 Jun -Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melaksanakan penyelenggaraan di seluruh 68 pusat penjaja milik pihak berkuasa tempatan itu di sekitar ibu kota, menerusi inisiatif Pusat Penjaja MADANI.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah itu bertujuan memperindah serta memberi keselesaan kepada peniaga untuk mencari rezeki, selain menjadi antara lokasi tarikan pengunjung.

“Sambil kita sibuk membangunkan gedung dan mercu tanda, usah kita sisihkan penjaja dan peniaga yang juga mahukan tempat yang selesa beserta kemudahan kepada mereka dan juga pengunjung,” kata Anwar menerusi status Facebooknya.

Pagi tadi, perdana menteri mengunjungi Pusat Penjaja MADANI di Jalan Tunku Abdul Rahman. Beliau turut meluangkan masa bertemu penjaja dan pengunjung di lokasi itu.

Tambah Anwar, inisiatif Pusat Penjaja MADANI merangkul kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama DBKL.


(Perdana Menteri ketika mengunjungi Pusat Penjaja MADANI
di Jalan Tunku Abdul Rahman/Foto FB Anwar Ibrahim)

Media Baharu