fb fb fb fb fb

KPM komited tambah baik sistem pendidikan berasaskan Teknologi & Digital

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 15 Jun-KPM sentiasa komited untuk menambah baik sistem pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi dan digital secara berterusan untuk memenuhi keperluan pendidikan masa hadapan.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, Berdasarkan dalam statistik yang dikeluarkan Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM) sebanyak 1789 latihan berkaitan digital telah dilaksanakan setakat 31 Mei lalu.

Hu Ying berkata, KPM turut melaksanakan program khidmat bantu pengintegrasian teknologi pendidikan kepada guru secara berterusan melalui aktiviti perkongsian video, webinar dan tutorial berkaitan dengan kaedah serta pendekatan penggunaan teknologi digital dalam penyampaian PdP yang berkesan.

"Guru yang terpilih untuk memberi khidmat bantu terdiri daripada mereka yang telah diiktiraf Microsoft, Google dan Apple.

"Kelompok ini dikenali sebagai Guru Peneraju Generasi Digital", katanya ketika menjawab pertanyaan yang dikemukan wakil Tanjung Piai Datuk Sri Dr. Wee Jeck Seng di Parlimen

Bagi tujuan tersebut juga, KPM turut meneruskan pemberiaan insentif dengan menyediakan 50,000 komputer riba kepada sekolah dan institusi pendidikan di bawahnya dalamĀ  menyokong aktiviĀ  pengajaran dan pembelajaran (PDP) berasaskan teknologi digital.


(Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying/FOTO RTM)

Media Baharu