fb fb fb fb fb

Datuk Rahman Shaari di umum sebagai penerima Anugerah Sastera Negara

PUTRAJAYA, 22 Jun - Presiden Persatuan Penyair Malaysia, Penyair, Datuk Rahman Shaari di umum sebagai penerima Anugerah Sastera Negara sekaligus membawa gelaran Sasterawan Negara ke-15.

Beliau dipilih daripada 12 lagi pencalonan selepas lantikan beliau dipersetujui seramai sembilan panel yang telah bermesyuarat sejak september 2021.

Jelas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, pemilihan Datuk Rahman Shaari itu berdasarkan sumbangan beliau melalui karya dan pemikiran, serta pengembangan sastera di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin)

Gelaran tersebut melayakkan Datuk Rahman Shaari menerima warkah penghormatan negara, wang tunai RM 60,000, hak penerbitan sebanyak 50, 000 naskhah buku atau nilai harga buku maksimum berjumlah RM 500,00 untuk dibeli kerajaan dan disebarkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Tokoh Sasterawan Negara ke-15 itu juga akan menerima kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan, kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera, kemudahan untuk penerbitan karya, perterjemahan karya yang sesuai dalam bahasa asing dan elaun sara hidup sebanyak RM5,000 sebulan.

Anak kelahiran Kampung Gial Perlis itu menekuni semua genre sastera.

Datuk Rahman pernah menyandang Hadiah Sastera Malaysia kategori puisi sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1976, 1982 dan 1986.

Pelopor Teori Anjakan Makna itu turut menerima Anugerah Penyair GAPENA pada 2013 selain pernah merangkul Hadiah Penulisan Esei Utusan Melayu dalam bidang pantun pada tahun 2014.

Media Baharu