fb fb fb fb fb

Datuk Norizan Khazali dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang baharu

(FOTO HIASAN)

ALOR SETAR, 24 Ogos - Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Datuk Norizan Khazali, 56 tahun dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang baharu.

Beliau menggantikan Dato' Paduka Ammar Dato' Sheikh Mahmood Naim yang bersara wajib, semalam.

Majlis Pengurniaan Tauliah Pelantikan berlangsung di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit, Alor Setar, pagi tadi.

Istiadat pengurniaan tauliah pelantikan disempurnakan oleh Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.

(Datuk Norizan Khazali)

Datuk Norizan sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau bukan sahaja berpengalaman dalam pentadbiran daerah, tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan tetapi juga dalam pembangunan ekonomi negeri.

Antaranya, ketika menjadi Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri pada tahun 2013 hingga 2015.

Datuk Norizan turut bertanggungjawab merangka Pelan Transfomasi Pembangunan Negeri Kedah, Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan juga merangka pembangunan Kedah Rubber City bersama-sama dengan Northern Corridor Implementation Authorithy (NCIA).

Media Baharu